Monday, August 9, 2010

Persiapkan diri Bertemu Ramadhan


Al-QURAN adalah kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia dan menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman. Rasulullah s.a.w dalam banyak hal mengingatkan kita melalui hadis baginda mengenai kepentingan berpegang teguh dengan kitab Allah itu.Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah berucap (seperti diriwayatkan Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas): “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”Hadis itu memberi pengertian yang cukup jelas mengenai kepentingan mendekati al-Quran dan ajaran peninggalan Rasulullah serta berpegang teguh kepadanya.Wahyu Allah itu mukjizat yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Allah menempatkan pelbagai mutiara ilmu tersurat dan tersirat di dalamnya seperti diperkatakan Imam Suyuti di dalam kitabnya ‘Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran’.Selain itu, Allah memuatkan dalam al-Quran dengan syariat, pengajaran, penawar kehidupan dunia dan akhirat serta rahmat buat golongan yang beriman. Firman Allah, maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu (al-Quran) pengajaran daripada Tuhanmu, penyembuh buat hati manusia, petunjuk dan rahmat buat golongan yang sebenar-benar beriman.” (Surah Yunus: 57)Sebagai mukmin yang mengaku beriman kepada Allah, kita sewajarnya berusaha mendekati al-Quran kerana ia bakal menjadi sahabat setia di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengenali, mendekatinya dan beramal dengannya.

No comments:

Post a Comment