Tuesday, June 29, 2010

Sekitar Program Citrawarna Nisa' Kota Raja

Nisa' Kota Raja sekali kali tampil dengan pendekatan tersendiri bagi mendekati golongan remaja khususnya golongan hawa di sekitar Parlimen Kota Raja pada 26 Jun yang lalu. Program Citra Warna ini berkonsepkan santai dengan pengisian ceramah "Cinta Remaja", Senamrobik, Ceramah Kesihatan serta Indoor Game.

Program dikendalaikan sepenuhnya oleh Nisa' Kota Raja ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA Zon 13 yang telah berlangsung di Dewan Sukan Klang. Sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta mengejutkan pihak penganjur serta wakil daripada Nisa' Negeri Selangor.

Aktiviti senamrobik pembuka tirai program

Acara lari ikat kaki antara aktiviti yang dijalankan

Kecerian terpancar diwajah peserta yang hadir

Konsep ukhuwah dan kerjasama diterapkan dalam permainan gelang getah

Pasukan Nasyid Nisa' menyampaikan persembahan mereka

Penggerak utama Nisa' Kota Raja bersama pimpinan DMPK

Peserta yang bergambar bersama pasukan Nasyid Nisa'

Wednesday, June 23, 2010

Jom Cuba Buat Agar-Agar Pelangi

SELAMAT MENCUBA

Bahan A:-

30gm agar-agar
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandan

Bahan B:-

1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:-

1. Masukkan bahan A dalam mangkuk kaserol. Masak di dalam microwave selama 15 minit High hingga agar-agar hancur.

2. Pukul bahan B hingga sebati.

3. Bahagikan agar-agar tadi kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning.

4. Masukkan agar-agar hijau di dalam acuan, bila keras sedikit masukkan pula agar-agar kuning dan seterusnya merah. Bekukan agar-agar ini di dalam peti sejuk. Sesuai dihidangkan dengan ais krim atau buah-buahan.

Sajak : Titipan Buat Teman

Titipan Buat Teman
oleh : pedamba syahid
editor : IskethaykaLAlign Center



Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Tuesday, June 22, 2010

Aplikasi Dakwah Fardhiah

Di Padang Futsal Dakwah Fardhi Boleh Diaksanakan Juga

Halaqah yang dinamik InsyaAllah mampu membina ahlinya untuk melaksanakan fungsinya sebagai da’i iaitu menyeru manusia kepada Allah. Namun da’i yang tinggi kualiti dan kesungguhannya adalah da’i yang dapat merekrut manusia lain untuk turut serta dalam misi dakwah dan tarbiyah. Merekrut manusia ke jalan Allah swt. merupakan amaliyah yang mahal. Tugas dan tanggungjawab ini mampu dilakukan dengan pelbagai pendekatan, di antaranya melalui dakwah fardiyah. Banyak pengalaman orang lain dalam merekrut pewaris duah melalui dakwah fardiyah. Terkadang memang melakukan dakwah fardiyah memerlukan seni tersendiri.

Namun demikian dalam pemerhatian penulis, ada semacam ’sindrom’ yang samada disedari atau tidak, sering melanda kepada sebahagian aktivis jamaah dakwah. Bergabungnya mereka ke dalam harakah dakwah, bahkan menjadi anggota tetapnya, acapkali membuat mereka lupa untuk melakukan amalan-amalan dakwah fardiyah. Tidak sedikit aktivis suatu jamaah dakwah merasa telah berdakwah hanya kerana mereka tercatat sebagai anggota jamaah dakwah tersebut. Padahal mungkin yang mereka lakukan selama bertahun-tahun sekadar mengikuti halaqah, membayar infak bulanan, atau membaca risalah mingguan yang diterbitkan jamaah dakwahnya. Secara fardiyah, tidak ada yang dilakukannya selain itu; tidak melakukan “direct contact” dakwah secara individu; tidak melakukan pembinaan; tidak mengisi acara-acara pengajian; tidak pula berusaha menyebarluaskan idea-idea yang diperolehinya dari jamaahnya, meski sekadar dengan menyebarluaskan buletin dakwah sekaligus menjelaskan isinya kepada masyarakat.

Padahal telah jelas, kedudukannya sebagai anggota sesuatu jamaah dakwah tidak secara automatik akan menyelamatkan dirinya dari azab Allah swt. pada Hari Kiamat nanti jika dia tidak berdakwah. Mengapa? Sebab, amal jamaah dakwah tidaklah mewakili amal individu anggotanya. Allah swt. pun tidak akan pernah menghisab dan meminta pertanggungjawaban manusia secara kolektif, tetapi pasti secara individu. Allah swt. berfirman:

“Bagi setiap orang ada pahala atas kebajikan yang dikerjakannya dan azab atas keburukan yang dikerjakannya) (al-Baqarah: 286)


Apa Itu Dakwah Fardiyah

Dakwah fardiyah ialah ajakan atau seruan ke jalan Allah yang dilakukan seorang da’i (penyeru) kepada orang lain secara individu, dengan tujuan memindahkan mad’u (yang diseru) pada keadaan yang lebih baik dan diredhai Allah swt.

Dakwah Fardiyah ada 3 (tiga) pendekatan :

  1. Mafhum Da’wi
  2. Mahfum Haraki
  3. Mahfum Tanzhimi

Mafhum Da’wi dalam dakwah fardiyah iaitu : Usaha seorang da’i untuk lebih dekat mengenal mad’u dalam rangka mengajaknya ke jalan Allah. (Baca dan tadabbur Q.S. Al-Fushilat : 33-36).

Mafhum Haraki dalam dakwah Fardiyah iaitu : Menjalin hubungan dengan masyarakat umum, kemudian memilih salah seorang dari mereka untuk membina hubungan lebih erat, dalam rangka memandunya ke jalan Allah. (Fahami dan renungkan hadith nabi “Kullu Sulaama dst” Riwayat Muslim)

Mafhum Tandzhimi dalam dakwah fardiyah, iaitu : Gerakerja pengorganisasian terhadap seorang mad’u yang diajak dan dibimbing ke jalan Allah, Tanzhim tersebut meliputi : taujih (arahan), Tauzif (Penugasan) dan tashnif (Penggolongan).

Kepentingan Dakwah Fardiyah

Walaupun dakwah fardiyah memiliki kesan dan skop jangkauannya yang kecil, dikatakan lebih lambat hasil yang diraih oleh seseorang da’i, tetapi dakwah fardiyah memiliki kelebihan dan kepentingannya yang perlu difahami oleh setiap aktivis dakwah:

  1. Juru dakwah dituntut untuk memiliki kemahiran mendidik, kerana pengalaman dan latihannya yang berterusan dalam melayani mad’unya agar menjadi peribadi muslim yang baik.
  2. Dalam dakwah fardiyah, para pelaksananya akan terdorong untuk meningkatkan bekal keupayaan dan kefahamannya terhadap Islam dalam ilmu pengetahuan dan bekal-bekal dakwah lainnya.
  3. Kegiatan juru dakwah yang dilakukan secara terbuka biasanya terlihat orang ramai, di mana sang da’i diuji keikhlasannya, sedangkan dalam dakwah fardiyah usaha da’i itu tidak dilihat oleh orang ramai, bererti ia teruji keikhlasannya, kerana ia bekerja tanpa menunggu atau mengharapkan keuntungan material dari orang lain.
  4. Juru dakwah dalam dakwah fardiyah adalah aktivis dakwah yang memiliki peribadi mulia dan qudwah hasanah, bahkan ia adalah seorang teladan bagi mad’unya.
  5. Mad’u dalam dakwah fardiyah adalah orang-orang pilihan berdasarkan pengetahuan dan ijtihad sang da’i.
  6. Dalam dakwah fardiyah, mad’u mendapat peluang bertanya dan berdialog serta berkonsultasi lebih dekat dan lebih banyak.
  7. Hubungan antara da’i dan mad’u nampak lebih dekat dan harmoni.
  8. Mad’u dalam dakwah fardiyah merasa selalu diperhatikan oleh sang da’i, secara psikologinya akan memberikan kesan positif.
  9. Arahan dan bimbingan lebih fokus dan efektif serta efisien dibanding dakwah umum.
  10. Dakwah fardiyah dapat dilakukan dalam segala situasi, waktiu bila dan dimana saja dan dalam setiap peluang dan kesempatan sang da’i berada.


Marhalah Dakwah Fardiyah

Berikut antara pendekatan yang praktikal melalui dakwah fardiyah sepertimana yang dicatatkan oleh Syeikh Mustafa Masyhur :

1. Berupaya untuk membina hubungan dengan setiap manusia yang ditemuinya dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi dan berusaha mengenalinya dengan baik. Da’i perlu berusaha memenangi hati seseorang itu samada dengan kebijakan dalam berkomunikasi, melalui sahsiah yang islami, sikap ambil berat terhadapnya dan sentiasa meraikannya agar pembicaraan berikutnya dapat berlangsung seterusnya dengan mudah. Pembinaan hubungan dengannya dilakukan secara konsisten sehingga objek dakwah mengenal orang yang mengajaknya sebagai orang yang erakhlak, baik dan ikhlas untuk berteman dan berkomunikasi.

2. Membangkitkan iman yang menusuk ke dalam jiwa. Pembicaraan hendaklah tidak secara langsung diarahkan pada permasalahan iman, namun sebaiknya berjalan secara tabi’i, seolah-olah tidak disengaja dengan memanfaatkan saat tertentu untuk memulai mengajaknya berbicara tentang persoalan keimanan. Melalui pembicaraan yang tabi’i, persoalan yang dipaparkan akan mudah mendapatkan respon. Dari respon yang disampaikannya mengenai beberapa perkara insyaAllah akan dapat mengesani jiwa keimanannya, sensitivity dirinya terhadap Islam dan mencetus rasa hatinya untuk kembali memahami dan melaksanakan Islam yang sebenar. Ianya bergantung kepada latarbelakang orang yang hendak kita dakwahkan.

3. Setelah individu tersebut semakin meyakini dengan sahsiah dan fikrah tatkala bersama kita, hedaklah kita membantu beliau memperbaiki keadaan dirinya dengan memperkenalkan perkara-perkara yang membawa kearah ketaatan kepada Allah dan bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan. Pada tahap ini perlu pula dibekali dengan bahan-bahan bacaan dari referensi yang sederhana, seperti Dasar-dasar Islam, Prinsip-prinsip Islam (Abul ‘Alaa Al Maududi), dan lain-lainnya. Disamping bekalan bahan-bahan bacaan juga perlu diperkenalkan dengan lingkungan yang baik (biah solehah) dan komuniti masyarakat yang soleh agar dapat menjaga nilai-nilai yang telah tertanam dan meneladani kehidupan orang soleh. Mutaba’ah dan pemantauan dalam tahap ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga dapat membimbing perjalanannya di atas jalan dakwah dan terhindar dari faktor-faktor yang buruk.

4. Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syamil agar memiliki kefahaman yang sahih tentang ibadah disertai niat yang benar dan berdasarkan syara’. Pemahaman yang tidak sempit terhadap ibadah. Ibadah bukan sebatas rukun Islam yang empat saja (solat, puasa, zakat, dan haji). Akan tetapi pengertian ibadah yang luas sehingga memahami bahawa setiap ketundukan seorang hamba padaNya dengan mengikuti aturan yang telah digariskan akan bernilai sebagai ibadah.

5. Menjelaskan kepada objek dakwah bahawa penglibatan kita sebagai muslim tidak cukup hanya dengan keislaman diri kita sendiri sahaja. Hanya sebagai seorang muslim yang taat menjalankan kewajiban ritual, berakhlak baik dan tidak menyakiti orang lain dan selain itu tidak ada lagi. Melainkan keberadaan kita mesti mengikatkan diri dengan keberadaan muslim lainnya dengan pelbagai ragam permasalahannya. Pada tahap ini pembicaraan diarahkan untuk menyedarkan bahawa persoalan Islam bukan urusan perseorangan melainkan urusan tanggungjawab setiap muslim terhadap agamanya. Perbincangan ini dilakukan agar mampu mendorongnya untuk berfikir secara serius tentang bagaimana caranya menunaikan tanggungjawab itu serta menjalankan segala tuntutan-tuntutannya.

6. Menjelaskan kewajiban untuk mengembangkan amanah umat dan permasalahannya. Kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu. Usaha secara individu dan terpisah tidak akan mampu menegakkannya. Maka perlu sebuah jama’ah / organisasi yang mengintegrasikan potensi semua individu untuk memperkuatkan tugas memikul kewajiban berat tersebut. Dari tahap ini objek dakwah disedarkan tentang pentingnya amal jama’i dalam menyelesaikan tugas besar ini.

7. Menyedarkan padanya tentang kepentingan sebuah jama’ah / harakah / organisasi Islam. Pembicaraan ini memang kritikal dan rumit sehingga memerlukan hikmah dan kekuatan dialog dan diskusi yang meyakinkan. Oleh kerana itu harus dijelaskan padanya bahawa bergabung dengan sebuah jama’ah / harakah / organisasi Islam harus meneliti perjalanan jama’ah tersebut. Jangan sampai terburu-buru untuk menentukan pilihan terhadap sebuah jama’ah yang akan dijadikannya sebagai wasilah merealisasikan dasar-dasar Islam.

Demikianlah langkah-langkah dalam melaksanakan dakwah fardiyah. Selamat mengamalkan, semoga Allah swt. memudahkan kita membimbing saudara-saudara kita ke jalanNya

Mengembang dakwah adalah sebahagian dari ibadah (pengabdian) kita kepada Allah swt. Justeru kerja besar ini harus kita lakukan tanpa henti dan tanpa mengenal kata istirehat. Hanya kematianlah yang boleh menghentikan aktiviti ibadah kita, termasuk dakwah kita. Itulah yang Allah telah perintahkan kepada kita, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Sembahlah Tuhanmu hingga datang kematian (al-Hijr: 99)

Monday, June 21, 2010

Tok Guru Saran Wanita Solat Jumaat

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Friday, June 18, 2010

Jati diri dan Sikap Positif Jalan Menuju Kebangkitan Umat


Risalah dari Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 27-05-2010

Jati diri dan Sikap Positif Jalan Menuju Kebangkitan Umat

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya, waba'du...

Jika setiap orang menyedari kedudukannya yang diberikan oleh Islam lalu memberikan perhatian penuh terhadap kehidupan ini, maka dirinya akan mengetahui nilai jati diri, tarbiyah dan pendidikannya, terutama kerana kita semua dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Oleh karena itu kita hendaklah menyedari tanggungjawab menjaga lembaran putih kehidupan kita, dengan merasai tanggungjawab, menjauhkan dari kecelaruan, mementingkan diri dan egoisme, dan berusaha membersihkan dan meningkatkan diri yang merupakan termasuk prinsip-prinsip langkah bermula dan penglibatan.

Kita sangat perlu kepada ketaqwaan yang menumbuhkan kepercayaan dalam jiwa, bertawakkal kepada-Nya, meminta pertolongan serta bergantung sepenuh kepada-Nya. Betapa perlunya diri kita dengan pergantungan dengan Allah hasil dari ketaqwaan kerana memberikan kesedaran dan kefahaman sehingga dapat memimpin kita untuk berfikir dan merenung, mendapat petunjuk dan mempunyai akhlak yang seimbang dalam kehidupan ini. Allah SWT berfirman:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik"
(Yusuf, 12:108)

Kehidupan Orang yang Mempunyai Jati Diri Sentiasa Mendahului (Sabiq) dan Bersegera

Terdapat riwayat mengenai Dzul Jushan. Nabi saw telah menyerukan Islam kepadanya setelah perang Badar, baginda berkata: "Wahai pemilik Dzul Jushan! Tidakkah engkau masuk Islam sehingga menjadi orang yang terkehadapan pada umat ini!"

Maka iapun menolaknya dan berkata: "Jika engkau berjaya menguasai Mekah dan menghuninya (baru aku masuk Islam)"

Nabi saw bersabda lagi: "Jika engkau masih hidup nanti, kelak akan menyaksikannya"

Pada satu masa kemudian orang yang mempunyai kedudukan itu berkata: "Demi Allah, ketika aku bertemu seseorang yang datang sambil berkendaraan. Aku bertanya: Anda dari mana? Dia menjawab: Dari Mekah. Aku bertanya lagi: Apa berita yang anda bawa? Ia berkata: Nabi Muhammad telah menguasai Mekah dan mendudukinya".

Dzul Jushan berkata: "Aku katakan: Aku telah dibohongi ibuku! Seandainya aku masuk Islam pada saat itu (alangkah lebih baik)" (Usudul ghabah)

Pada ketika berlaku perang al-Yamamah, Khalid al-Walid merasakan bahangnya pertempuran, membara dan menuncak, dia berpaling kepada al-Barra' bin Malik dan berkata: "Pergilah menuju mereka wahai pemuda Ansar. Lalu al-Barra' berpaling kepada kaumnya dan berseru: 'Wahai Ansar, jangan ada di kalangan kalian seorangpun yang berfikir untuk kembali ke Madinah! Sesungguhnya tidak ada lagi kota Madinah untuk kalian selepas ini. Yang ada hanyalah Allah Yang Esa kemudian syurga.'

Kemudian dia meluru kearah musyrikin dan mereka meluru bersamanya.

Inilah kewajipan kita yang utama dan paling penting, iaitu mencabut sifat wahan dari hati. Dan mulakanlah dengan mencabutnya dari hatimu!

Dari Manakah Timbul Jati Diri Kita?

Sesungguhnya Allah telah menetapkan langkah untuk mencapai keberkesanan dalam melakukan perbaikan dan perubahan ialah dengan kekuatan jati diri. Allah SWT berfirman:

يَا يَحْيَى خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ
"Wahai Yahya, ambillah buku ini dengan penuh kekuatan"
(Maryam, 19:12)

Iaitu kekuatan dalam mengembangkan potensi diri, kekuatan dalam menghadapi kesukaran, kekuatan dalam meninggikan nilai atau harga diri dan kekuatan keyakinan pada diri dan cita-cita, sekalipun rintangan dan cubaan sentiasa menghadang. Sesungguhnya kesukaran merupakan wahana paling berkesan dalam menggilap cita-cita dan menguatkan kemahuan. Orang yang mempunyai kemahuan yang kuat akan berusaha mengatasi segala rintangan walau sebesar mana sekalipun. Maka di situlah letaknya kemenangan.

Bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan diri menghadapi kelemahan dan putus asa dalam melakukan perbaikan dan perubahan, maka mereka hanya membawa berita-berita bodoh tentang kemalasan, kelalaian serta ketidakpedulian, seperti kenyataan yang menyebut apa manfaatnya menyertai pilihanraya umum sedangkan keputusannya sudah diduga? Dan berbagai lagi halangan dan rintangan. Cara untuk menghilangkan halangan-halangan ini adalah dengan terus menerus bekerja sesuai dengan matlamat, terurus dan berkesinambungan sehingga dapat mencapai jati diri dalam bekerja.

Allah SWT berpesan kepada Rasul-Nya saw:

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus"
(az-Zukhruf, 43:43)

Sabda Nabi saw: "Jika anda telah mengetahuinya maka berilah komitmen";

Maksudnya apabila sesuatu tanggungjawab tersebut menjadi tanggungjawab anda, dan anda wajib mempunyai keyakinan tentang kemuliaan amanah yang ada pikul dan ganjaran besar yang menanti Anda.

Dari sini kita mula bebas dari berbagai kekangan, kerana kebebasan adalah ruh kepada amal atau kerja yang berterusan. Kebebasan dan kemerdekaan adalah satu cara mengatasi segala bentuk penindasan dan kekejaman luaran. Begitu juga membebaskan diri dari penghambaan terhadap hawa nafsu , kerana pada hakikatnya jiwa manusia cintakan kebebasan dan kemerdekaan, dan lubuk hatinya juga sangat menyenangi hidup di dalam kemerdekaan. Hal ini tidak akan tercapai kecuali dengan menghambakan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, menentang sebarang bentuk kekejaman luaran dan perhambaan dalaman.

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang rela dengan kehinaan dirinya dengan taat kepada yang lain tanpa ada paksaan maka bukan golongan kami"
"Barangsiapa yang meninggal dalam mempertahankan hartanya maka ia adalah syahid, barangsiapa yang meninggal kerana mempertahankan tanah kelahirannya maka ia adalah syahid dan barangsiapa yang meninggal dalam rangka mempertahankan kehormatannya maka ia adalah syahid"
Allah SWT juga berfirman:
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang keji) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan"
(Maryam, 19:59)

Nabi saw juga bersabda:
"Binasalah hamba dinar, Binasalah hamba dirham, Binasalah hamba permaidan, Binasalah hamba makanan"
Justeru melalui sifat jati diri inilah akan mampu membangkitkan umat Islam, dan mampu mendorong jiwa dalam menunaikan tugas dan amanah dengan baik. Namun jika jati diri ini hilang maka pelbagai usaha akan berubah menjadi kerja yang dilakukan secara sambil lewa, tidak menggunakan akal, tidak memahami, dan tidak teliti.

Sikap Positif Jalan Membina Ummah

Di antara hak umat ke atas anggotanya adalah; menjadikan umat sentiasa wujud dalam fikiran dan akal mereka di manapun mereka berada dan merasai tanggung jawab penuh terhadapnya. Hak umat ke atas setiap anggotanya bukanlah hal yang baru bagi mereka, malahan suatu umat dapat dibangunkan melalui anggotanya yang memiliki sikap positif, ketika mereka mahu menukar fikiran, nilai-nilai dan konsep kepada praktis dan perilaku secara nyata dan realiti. Allah berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam Keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"
(an-Nahl, 16:97)

Sejarah umat manusia menguatkan keadaan tersebut, maka Al-Banna menyatakan:

"Bahawa suatu bangsa dan peradabannya akan jatuh dan runtuh oleh kerana runtuhnya nilai-nilai dalaman bukan luaran, terutama yang berkaitan dengan keruhanian (semangat), kehendak dan akhlak. Jatuhnya suatu bangsa merupakan sunnah ilahiyah yang adil. Pertama kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai mereka yang mengubah nasib mereka sendiri. Oleh kerana itu, perubahan keadaan menuju yang terbaik terletak di tangan umat itu sendiri biarpun keadaan umat masih lagi buruk. Namun pemulihan tetap dapat dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat memiliki keinginan yang kuat. Tanggung jawab untuk menyelamatkan umat dari keruntuhan adalah tanggung jawab semua anggota dan warganya tanpa terkecuali, mengikut bidang masing-masing, sesuai dengan kemampuan dan potensinya, dengan syarat semua orang yang terlibat dalam penyelamatan ada perasaan tanggung jawab dan kepercayaan diri terhadap kemampuannya untuk melakukan pengislahan dan perubahan. Berdasarkan penegasan ini maka kebangkitan umat mungkin berlaku bahkan pasti berlaku. Kita semua memiliki unsur-unsur kekuatan dan kebangkitan, asalkan kita tahu bagaimana menggunakannya untuk kepentingan umat dan berkhidmat kepadanya."

Dalam Al-Qur’an banyak contoh-contohnya. Allah berfirman:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ . اتَّبِعُوا مَنْ لا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ . وَمَا لِي لا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu". Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?
(Yasin, 36:20-22)
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Allah juga berfirman:

وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلاً أَنْ يَقُولَ رَبِّي اللهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ
"Dan seorang laki-laki yang beriman di antara Pengikut-pengikut Fir’aun yang Menyembunyikan imannya berkata: 'Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki kerana Dia menyatakan: Tuhanku ialah Allah padahal Dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. dan jika ia seorang pendusta, maka Dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu'."
(Ghafir, 40:28)
Juga adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dalam hadits disebutkan:

ورجل آخذ بعنان فرسه كلما سمع هيعة طار إليها
"Dan seseorang yang sentiasa memegang tali kekang kudanya. Setiap kali dia mendengar panggilan spontan meloncat kepadanya"
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Dan sabda nabi saw:

المؤمن إلف مألوف، ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف
"Seorang mukmin adalah kesatuan dan sentiasa bersat. Tiada sebarang kebaikan terhadap orang yang tidak bersatu dan tidak boleh disatukan"
adalah kerana jati diri dan sikap positif.

Pertimbangan Ini Menjadi Bekal Gerakan Kita

Yang dimaksudkan bersikap positif adalah bergerak bersama umat dan di dalam masyarakat, sehingga seseorang individu hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam gerakan yang berterusan dan tidak mengenal erti berhenti. Melalui pertimbangan ini kita akan menghadapi berbagai konspirasi, kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti melakukan konspirasi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

Oleh kerana itu di antara bentuk proses menuju sikap positif adalah menyedari dan mengenal berbagai perencanaan konspirasi, tidak tertipu oleh idea-idea tipu muslihat mereka, tidak terpengaruh dengan berbagai propaganda mereka, sentiasa berhati-hati terhadap seruan-seruan mereka yang menghancurkan dan menghadapi serangan-serangan mereka dengan memberikan berpegang kepada agama dan mempertahankannya. Imam Al-Banna telah memberikan peringatan kepada kita supaya tidak terjerumus dengan tipu daya mereka, menyimpang dari jalan dan berdamai dengan mereka serta tertipu dengan tipu muslihat mereka.

Justeru, kami mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menggapai jati diri dan sikap positif untuk berhati-hati dari perbuatan dosa dan maksiat, lemah kemahuan, kejahilan, kejumudan, sibuk dengan dunia, berlepas tangan dari realiti umat. Semua ini telah diusahakan oleh musuh sehingga tercapai matlamatnya, supaya umat membiarkan mereka tinggal bersama, merampas kekayaan umat, dan mencuri hasil mahsulnya ketika anggota umat dalam keadaan lalai.

Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh Imam al-Banna, ketika beliau merumuskan jalan menuju jati diri sebenar ialah dengan empat sifat:

متين الخلق، قوي الجسم، مثقف الفكر، قادر على الكسب”، ثم وجهنا إلى التربية الذاتية بثلاث صفات: “سليم العقيدة، صحيح العبادة، مجاهد لنفسه”، وبهذا تتحقق الإيجابية بثلاث صفات: “منظم في شئونه، حريص على وقته، نافع لغيره
"Akhlak yang teguh, tubuh yang kuat, berfikiran intelek, mampu mencari nafkah sendiri". Kemudian kita diarahkan pada tarbiyah diri dengan tiga sifat; "aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah pada dirinya sendiri" sehingga dengan demikian mampu membentuk sikap positif dengan tiga sifat lainnya: "Teratur dalam urusannya, mengisi masanya, dan bermanfaat bagi orang lain".
Wahai umat Islam!

Berilah perhatian kalian terhadap pembinaan jati diri dan sikap positif, gunakanlah potensi-potensi kalian, kerana umat sangat memerlukan apa yang dapat kalian berikan walaupun sedikit, bekerjalah untuk menggilapkan cita-cita kalian, dan doronglah masyarakat untuk bekerja dan berusaha, gunakanlah kesempatan sebaik mungkin. Imam Ali RA pernah berkata:

الفرصة تمر مر السحاب، فانتهزوا فرص الخير
"Kesempatan berlalu seperti berlalunya awan, maka gunakanlah kesempatan tersebut sebaik-baiknya"
Dan selidikilah realiti yang ada kerana hal tersebut merupakan sebahagian dari perencanaan. Imam al-Banna menyatakan tentang sifat orang yang memiliki cita-cita yang tinggi: Iaitu yang sentiasa berfikir, memberi perhatian yang utama, jika dijemput segera menerima, jika dipanggil segera menyahut, tidak menjauhkan diri dari medan amal, dia merasai kerehatan, keseronokan dan kenikmatannya di dalam bekerja. Matlamatnya adalah mencapai keredhaan Allah dan mendapat syurga serta menjadi sebaik-baik manusia, sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis baginda:

خير الناس أنفسهم للناس
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia"
Hindarilah sikap negatif terhadap umat manusia, kerana orang yang memiliki sikap positif sentiasa membersihkan hati mereka dari yang negatif, dan mendorong orang-orang yang bersamanya supaya memiliki sikap positif untuk bekerja. Renungkanlah apa yang diucapkan oleh orang-orang yang memiliki sikap negatif ketika melihat situasi umat seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam FirmanNya:

لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"
Lalu al-Qur'an merakam pula apa yang diungkapkan oleh orang-orang yang berjiwa positif. Allah berfirman:

مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

mereka menjawab:
"Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa"
(al-A’raf, 7:164)

Dan akhir dari seruan dan doa kami adalah bahawa segala puji hanya milik Allah.

Sumber asal: www.ikhwanonline.com
Terjemahan: FikrahDakwah.com

Besarnya Peranan Wanita

Jangan disangka peranan wanita itu kecil. Mereka telah memainkan banyak peranan di dalam sejarah jatuh bangun ummah ini. Di dalam al-Qur'an sendiri telah diceritakan beberapa contoh wanita-wanita agung sepanjang zaman. Di dalam sirah telah tercatat bahawa para isteri RasuluLlah telah diberikan gelaran Ummuhatul Muslimin (ibu-ibu para mu'min). Juga tercatat di dalam sirah, antara golongan awal yang syahid adalah seorang wanita yang mulia, yang bernama Sumayyah, ibunya 'Ammar bin Yasir.

Betapa besarnya peranan mereka, dan betapa dunia tidak boleh hidup tanpa adanya mereka. Benarlah ayat; "Para mu'min dan para mu'minat, sebahagiannya menjadi pelindung sebahagian yang lain" (at-Taubah, 9:71).

--

Para Wanita dan Aktivis Lain Persiapkan Misi Bantuan ke Gaza

BEIRUT, (GMBR)-- Aktivis Arab tempatan dan para aktivis luar, termasuk sebuah kapal bantuan yang dikendalikan oleh para wanita dari Lubnan, bakal berlepas ke semenanjung Gaza di dalam sebuah usaha memecahkan pengepungan yang telah lama dikenakan sejak tiga tahun lalu, walaupun Israel telah meminta kepada Kesatuan Eropah untuk menghalang semua kapal yang mempunyai misi Gaza, yang berlepas dari pelabuhan-pelabuhan Eropah.

Penyelaras jawatankuasa penganjur untuk kapal Wanita Lubnan, "Mariam", Samar Hajj, telah berkata, melalui panggilan telefon, kepada agensi media Perancis semalam, bahawa inisiatif menghantar kapal tersebut datangnya dari para wanita biasa yang percaya pengepungan terhadap Gaza mesti dipecahkan.

Beliau juga telah menekankan bahawa gerakan "Free Palestine" yang telah diwakili oleh pengerusinya, Yasser Qochloq, telah memastikan aspek keselamatan kapal dan juga segala sokongan logistik. Beliau mengatakan bahawa bilangan wanita yang akan menaiki kapal telah mencapai lima puluh orang; tiga puluh darinya adalah dari Lubnan dan selebihnya wanita luar.

Kapal kargo komersial tersebut akan mengangkut ubat-ubatan buat penduduk Palestin yang sedang menderita kanser, di mana kadarnya telah meningkat di Gaza, menurut Hajj, selepas Israel melancarkan peperangan terhadap Gaza pada akhir tahun 2008.

AFP juga melaporkan dari sumber-sumber "Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza" bahawa Armada Kebebasan II, yang akan disertai lebih banyak kapal dan mengangkut lebih banyak penumpang, dijangka akan belayar selepas berakhirnya Piala Dunia Bola. Menurut kempen tersebut, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah. Dalam hal ini, ramai pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan keinginan yang kuat untuk menyertai misi untuk mematahkan kepungan terhadap jalur Gaza.

AFP juga dilaporkan dari sumber-sumber dari Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza yang armada Kebebasan II, yang akan merangkumi lebih banyak kapal dan pengangkutan penumpang lebih daripada kebebasan armada pertama, diharapkan untuk belayar menurut kesimpulan di Piala Dunia. Menurut kempen, majoriti dari mereka yang mendaftar untuk menyertai di kapal misi bantuan adalah warga negara Eropah, mencatatkan bahawa pegawai kerajaan dari Eropah telah menyatakan minat yang kuat untuk menyertai dalam misi untuk mematahkan serangan di Jaluran Gaza.

Walau bagaimanapun, menurut akhbar Hebrew; Yediot Ahronot, pihak berkuasa negara haram Israel telah menghubungi negara-negara Kesatuan Eropah dan kuasa antarabangsa yang lain, menuntut mereka untuk tidak memebenarkan Freedom Flotilla 2 atau mana-mana kapal bantuan lain yang menuju ke Gaza untuk berangkat dari pelabuhan mereka. Mereka juga menuntut agar warga Eropah dapat dicegah dari menyertai misi tersebut, mendakwa bahawa mereka "berusaha untuk bekerja melawan kepentingan Israel."

Surat khabar tersebut, versi internet, telah melaporkan bahawa angkatan tentera laut Israel sedang bersiap-sedia menghalang kedatangan sepuluh kapal bantuan baru dalam usaha memecah pengepungan ke atas Gaza. Sebuah kapal bernama Naji al-Ali dari Lubnan bersama-sama dengan dua kapal lain milik Bulan Sabit Merah Iran dijadualkan akan tiba di Gaza dalam beberapa hari mendatang.

Wednesday, June 16, 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Monday, June 14, 2010

Penampilan Seorang Da'i

Penampilan Seorang Da'i

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Cara bertutur kata dan penampilan seorang da'i akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik.
Dari sini kita melihat bahwa individu (daie) yang dipilih untuk pemasaran hasil produk (Islam) adalah orang yang berpenampilan menarik, di samping kualiti produk yang terbaik.
Hakikatnya, dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola pemikiran yang tercermin dalam akhlak, keperibadian, dan penampilan yang mulia.
Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya,
"Kenapa Anda tidak menulis buku?" Beliau menjawab,
"Tugas saya bukanlah untuk menulis buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali orang yang mahu membacanya. Seorang muslim adalah 'buku yang senantiasa terbuka' ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah."
Banyak da'i yang tidak pandai berbicara dan berkhutbah, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad'u yang berdiri di sampingnya.
Ini disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, penampilan yang lemah lembut, ditambah lagi dengan keimanan yang mendalam (al-iman al-amiq), serta pemahaman yang dalam dan syamil (al-fahmu addaqiq) yang dimiliki oleh seorang da'i.
Ini bukanlah hal yang baru kerana ia sudah ada sejak awal perjalanan dakwah islamiah.
Contoh 1
Seorang sahabat Dahyah Al-Kalbi ra., utusan Rasulullah saw menemui Heraklius, penguasa Rumawi. Dahyah ra. adalah seorang dari deretan sahabat yang terkemuka. Mempunyai postur tubuh yang baik dan berwajah tampan. Suatu saat tatkala menyampaikan wahyu Jibril as. pernah turun dengan menyerupai Dahyah ra. Beliau tidak termasuk ahli Badr dan perang pertama yang ikuti adalah Khandaq, kemudian dalam perang Yarmuk bertugas sebagai pemimpin.
Contoh 2
Mush'ab bin Umair ra. juga berwajah tampan dan berpenampilan simpatik.
Ibnu Sa'ad menceritakan dalam Tbabaqat-nya,
"Ibunda Mush'ab adalah wanita yang kaya raya. Ia memberikan sebaik-baik pakaian dan wangian untuk Mush'ab dan Sandalnya buatan Hadhrulmaut.
Rasulullah pernah bersabda,' Aku tidak pernah melihat di kota Makkah ini orang yang lebih indah rambutnya, lebih halus pakaiannya, dan lebih banyak kenikmatannya, daripada Mush'ab bin Umair ra.'"
Contoh3
Ja'far bin Abu Thalib ra. yang meraih syuhadah (syahid) di perang Mu'tah juga berwajah tampan dan berpenampilan menarik. Beliau termasuk utusan Rasulullah saw. kepada para raja dan penguasa.
Contoh 4
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa seorang lelaki tampan datang kepada Rasulullah saw lalu berkata,
"Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah orang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu, seperti yang engkau saksikan, sampai tahap saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal jepun. Apakah ini termasuk sifat sombong?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, sesungguhnya yang dimaksud dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." (HR. Abu Daud)
Oleh yang demikian, seorang da'i yang hidup dalam sebuah masyarakat/ yang menjadi utusan pada sebuah jamaah, hendaklah sentiasa berpenampilan baik dan berakhlak mulia seperti sebuah ungkapan mengatakan,
"Keberhasilan sebuah misi akan bergantung pada si pembawa misi tersebut."
Penampilan dan akhlak yang baik akan membuat orang yang baru saja memandang menjadi tertarik dan tertawan. Maka kita akan menjumpai ada sebahagian orang yang menggantungkan kepercayaan hanya melalui pandangan matanya.
Petikan dari Buku Bagaimana Menyentuh Hati- Abbas As-Sisi

Thursday, June 3, 2010

Hukum Nyanyian Wanita !! hilangkan kekeliruan Anda


Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu:

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)


Sekadar gambar hiasan.


Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini

( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Sekadar gambar hiasan.


Kesimpulannya, wanita menyanyi di khalayak ramai (dihadiri oleh lelaki ajnabi) adalah HARAM. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita sahaja. Ia adalah HARUS. Jelaslah bahawa ISLAM itu terlalu menjaga maruah umatnya, khususnya wanita.

Sumber: Ulasan lanjut lawati

klik

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum...
Salam gerbang bersama Nisa'
Alhamdulillah buat julung-julung kalinya Nisa' Kota Raja telah berjaya membuka satu laman khusus untuk warga Nisa' Kota Raja. Sememangnya pelbagai objektif dan harapan apabila terbentuknya blog Nisa' kota Raja ini.
Diharapkan Blog ini menjadi tatapan berguna buat kalian agar kami lebih mendekati anda..
Selari dengan Tema Nisa' Kota Raja
Teen Ambassador Love
(Duta Kasih Remaja)

Salam Ukhwah Dari Kami
Ahlijawatankuasa Nisa' Kota Raja