Saturday, August 28, 2010

FITNAH AKHIR ZAMAN



Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!

Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!

OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!

KAMI MENUNTUT UNDANG-UNDANG ISLAM UNTUK KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH WANITA DAN UMAT ISLAM ZAMAN INI.


Firman Allah;
“Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )

-SEBARKAN-

Wednesday, August 25, 2010

Mesra Amal Ramadhan Briged Amal

Nisa' Kota Raja sekali lagi bersama-sama menganjurkan program Mesra Amal Ramadhan bersama beberapa pertubuhan belia termasuk riged Amal Kota Raja. Program yang amat menarik diisi dengan slot suaikenal bersama adik-adik remaja khususnya wanita dalam sesi ics breaking dan taaruf.
Kesempatan ini diambil oleh Nisa' kota Raja bagi mengenalpasti beberapa pelapis yang mampu untuk bersama-sama dengan nisa' satu hari nanti.

Prgram ini dijalankan sepanjang hari bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh YB Suhaimi selaku ADUN Sri Muda sehingga lah Solat terawih pada sebelah malamnya.
Disamping itu juga program ini turut memberikan pengalaman kepada Nisa' dan adik-adik Briged bertemu masyarakat semasa mengedarkan bubur lambuk di Bazar ramadhan dan beberapa lokasi tertentu termasuk balai polis dan surau-surau di sekitar kampung Jalan Kebun.






Nisa' Kota Raja bertandang ke Institut Taufiq Islami

Sekitar Program di ITI

Majlis dimulakan dengan solat Zohor secara berjamaah bersama adik-adik ITI, kemudian disusuli dengan sedikit tazkirah bergambar yang disampaikan oleh wakil Dewan Pemuda Pas kawasan Kota Raja. Didalam tazkirah berkenaan beliau sempat menyentuh tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar islam. Susulan itu pula di kuti dengan ucapan ketua Nisa' Kak Noridah yang juga mengucapkan ribuan penghargaan atas penerimaan ITI menerima kunjungan Nisa' kota Raja..
Sumbangan kewangan turuit disampaikan kepada warga ITI yang diwakili oleh Ust Yussof.
Aktiviti memantapkan ukhwah diisi dengan makan bersama-sama warga ITI dan Nisa'

Nisa' Kota Raja menjadikan ITI rumah angkat kepada Nisa'

Semoga Usaha yang kerdil ini diberkati oleh Allah hendaknya...
Aminnn

Friday, August 13, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Pembuka Tirai Ihya' Ramadhan


Ramadhan Kareem
Pada Malam Esok, Ihya' Ramadhan Pas Kawasan Kota Raja akan memulakan program pertamanya iaitu dengan pengisian Al Fadhil Ust Riduan Rahmat
Berikut adalah maklumat Mengenai Program

Tarikh: 12 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : Bermula dengan Solat Isyak Berjamaah , Terawih 8 Rakaat+Witir & Tazkirah
Tempat : Markas Pas Kawasan Kota Raja ( Bukit Naga)

Semua Ahli Dijemput Hadir
.... Datang- Jangan tak Datang ......

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Seluruh Ahlijawatankuasa Nisa' Kota Raja Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada Tahun Ini... Dikesempatan ini kami ingin memohon Maaf segala kesilapan dan kelemahan sepanjang pertemuan kita dan penulisan di Blog ini...
Maaf Zahir & Batin
Mabruk Alaikum Shahru Ramadhan

.. Salam Ramadhan ..

Monday, August 9, 2010

Persiapkan diri Bertemu Ramadhan


Al-QURAN adalah kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia dan menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman. Rasulullah s.a.w dalam banyak hal mengingatkan kita melalui hadis baginda mengenai kepentingan berpegang teguh dengan kitab Allah itu.Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah berucap (seperti diriwayatkan Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas): “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”Hadis itu memberi pengertian yang cukup jelas mengenai kepentingan mendekati al-Quran dan ajaran peninggalan Rasulullah serta berpegang teguh kepadanya.Wahyu Allah itu mukjizat yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Allah menempatkan pelbagai mutiara ilmu tersurat dan tersirat di dalamnya seperti diperkatakan Imam Suyuti di dalam kitabnya ‘Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran’.Selain itu, Allah memuatkan dalam al-Quran dengan syariat, pengajaran, penawar kehidupan dunia dan akhirat serta rahmat buat golongan yang beriman. Firman Allah, maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu (al-Quran) pengajaran daripada Tuhanmu, penyembuh buat hati manusia, petunjuk dan rahmat buat golongan yang sebenar-benar beriman.” (Surah Yunus: 57)Sebagai mukmin yang mengaku beriman kepada Allah, kita sewajarnya berusaha mendekati al-Quran kerana ia bakal menjadi sahabat setia di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengenali, mendekatinya dan beramal dengannya.

Wednesday, August 4, 2010

Dari Kegelapan Cahaya

…Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

Diutuskan Rasullullah S.A.W adalah sebagai pembawa rahmat ke sekelian alam. Cahaya nubuwwahnya menerangi segenap lapisan bumi dan langit. Satu rahmat yang maha agung telah diturunkan untuk menerangi semula hati-hati yang mati dengan cahaya keimanan.

Dalam apa jua senario kegelapan, manusia akan sedaya upaya mencari cahaya sebagai petunjuk. Ibarat sebuah kapal yang belayar dilautan, susunan cahaya bintang dilangit dijadikan panduan arah pelayaran.

Eropah telah melangkaui zaman gelapnya dengan kecerahan tamadun ilmu. Tamadun-tamadun zindiq juga telah banyak yang diruntuhkan dengan kekuasaan cahaya kebenaran.

Seringkali aku tersilap dalam memilih cahaya. Aku menyangka telah memilih jalur cahaya yang benar sedangkan adakalanya cahaya-cahaya itu menipu.

Umpama menentukan masuknya waktu subuh di pagi hari, hadis nabi ada menyebutkan dengan jelasnya tentang dua benang hitam dan benang putih. Benang putih adalah jalur cahaya yang betul untuk masunya waktu subuh sedangkan benang hitam (cahaya hitam) adalah cahaya palsu ciptaan syaitan untuk mengelirukan manusia.

Aku menyangka bahawa kemewahan dunia itu adalah cahaya petunjuk yang mengeluarkan manusia dari kegelapan dan kesusahan hidup. Buktinya, setelah kekayaan dikecapipun, hati masih teraba-raba dan sentiasa merasa gelisah.

Aku merasa diriku telah cukup dan pandai dalam memilih arah tujuan hidupku, sedangkan hakikatnya aku hanya menentukan halatuju hidupku dengan pedoman nafsu.

Sebenarnya semua faktor cahaya ada dikelilingku, tetapi keegoaanku seringkali mengabaikan agen-agen cahaya yang ada. Sebenarnya, halatuju hidupkulah yang menyebabkan hati ini menjadi hitam dan dipenuhi dengan zulumat. Aku sendiri yang telah membina tembok penghalang untuk semua cahaya itu dapat menembusi kesanubariku. Lebih malang lagi adakalanya aku sendiri yang menjauhi sumber-sumber cahaya.

Aku merasakan mataku cerah dan bersinar, dapat menikmati semua keindahan ciptaan tuhan, sedangkan sebenarnya qalbi ini masih gelap dan kotor dengan kekotoran rohaniyah.

Aku sedar bahawa semua kekotoran dan kegelapan ini bukanlah bekalan yang sebenar untuk menuju ke alam sana. Semuany perlu disucikan dan dikembalikan kepada fitrah. Tetapi idea-idea itu kadangkala hanya menjadi satu angan-angan indah…dan aku tetap dengan egoku.

Monday, August 2, 2010

Buku “Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh”

teen1

Pada Konvensyen Naqibat Usrah Remaja, dua buah buku telah perkenalkan iaitu salah satunya buku Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh. Buku ini mengandungi sukatan usrah remaja untuk rujukan naqib dan ahli-ahli.

Berikut adalah maklumat lanjut buku berkenaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ustazah Teh Izanuri, penyusun buku:

Alhamdulullah dengan berkat pertolongannya maka kami dapat persembahkan buku ini untuk menjadi rujukan umat Islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja.

Harapan buat generasi muda amatlah tinggi. Mereka adalah penentu kepada masa hadapan dunia. Atas jaminan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, kita meyakini bahawa masa depan Islam adalah gemilang. Sampai masanya nanti, Islam akan berada pada kedudukan yang selayaknya sebagai cahaya yang menyinari seluruh alam. Namun, kayakinan ini tidak sepatutnya menjadikan kita sekadar berpeluk tubuh semata-mata, bahkan kita perlu menggandakan usaha untuk memastikan wajah-wajah hari esok lebih bercahaya dan cemerlang.

Sunday, August 1, 2010

Panduan Kendali Usrah Remaja

kendali

Selain dari buku ‘Remaja Soleh’, Teen Circle Centre juga menerbitkan satu panduan usrah remaja yang mengandungi Modul Latihan Kemahiran dan beberapa tips untuk mengandalikan slot-slot usrah. Buku ini adalah untuk rujukan para naqib atau naqibat sahaja.

Maklumat lanjut buku ini adalah seperti berikut:

  • Buku ini adalah untuk panduan pengendali Usrah Remaja terutamanya para naqib/naqibah. Namun begitu, buku ini tidak menyediakan bahan-bahan perbincangan dalam Usrah Remaja.
  • Buku ini perlu dirujuk bersama-sama dengan buku ‘Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’ terbitan Teen Circle Centre yang mengumpulkan kandungan sukatan Usrah Remaja.
  • Setiap naqib atau naqibah perlu memiliki buku ini dan merujuk kepada panduan-panduan yang diberikan dalam mengendalikan Usrah Remaja.
  • Para naqib/naqibah dinasihantkan agar membaca buku ini secara keseluruhan sebelum memulakan tugas pengendalian usrah.
  • Bagi setiap usrah yang hendak dilaksanakan, para naqib/naqibah dinasihatkan untuk mengulangi pembacaan pada tajuk-tajuk khusus yang menyentuh penyampaiannya.
  • Buku ini mengandungi modul-modul Latihan Kemahiran yang merupakan salah satu komponen Usrah Remaja. Bagi memastikan keberkesanan sesi latihan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak memberikan buku ini kepada ahli-ahli kumpulan.
  • Naqib perlu benar-benar memahami arahan-arahan dalam modul-modul tersebut sebelum memulakan sesi. Kejayaan sesi latihan ini amat bergantung kepada cara pengendaliannya.
  • Modul-modul yang diberikan ini akan lebih berkesan dan menepati matlamat jika naqib mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh pihak pengelola.