Saturday, July 31, 2010

Teen Cicle: Adab Dalam Persahabatan

Adab-Adab Bersahabat:-

Terdapat banyak adab yang dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah berkenaan hal ini. Di sini saya cuba sertakan beberapa daripadanya.


Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah


Berkenaan dengan hal ini, mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)

Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Ahmad)

Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)


Mengucapkan salam

Hal ini ada disebutkan dalam hadith berikut, telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)


Memenuhi undangan

Berdasarkan hadith di atas tadi, ada disebut bahawa memenuhi undangan adalah hak yang perlu disempurnakan. Sekalipun kita berpuasa, kita harus cuba memenuhi undangan yang diterima. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika dia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika dia tidak berpuasa, maka makanlah” (Muslim)

Namun, menurut penjelasan Al-Ustaz Abu Bakr Jabir Al-Jazairi, jika majlis tersebut boleh memberi mudarat kepada agama atau tubuh badan seseorang, maka undangan tersebut boleh ditolak. (Minhajul Muslim)


Memberi nasihat jika diminta


Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin

Mengucapkan tashmit adalah hak yang keempat disebut dalam hadith enam hak muslim tadi. Tashmit bermaksud ucapan “yarhamukallah” (semoga Allah merahmati kamu).

Apabila seseorang muslim bersin, dia dituntut untuk mengucapkan “Alhamdulillah”. Orang yang mendengar hal itu perlu mengucapkan tashmit. Setelah itu, orang yang bersin perlu mengucapkan “yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaikkan keadaan diri kamu). Hal ini ada disebut dalam hadith sahih, riwayat Al-Bukhari.

Jika orang yang bersin tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka tidak perlu ucapkan tashmit. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Jika seorang daripada kalian bersin kemudian memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit kepadanya. Jika dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu ucapkan tashmit kepadanya.” (Muslim)


Menjenguk saudaranya ketika dia sakit

Ini adalah hak kelima disebutkan dalam hadith hak muslim tadi. Menziarahi saudara muslim yang sakit adalah satu adab yang begitu bernilai. Renungi hadith-hadith berikut:

“Barangsiapa menjenguk orang sakit maka ia tetap berada di khurfatul jannah sampai dia kembali. Para sahabat bertanya: “Apa itu khurfatul jannah wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ‘Janaaha’ (kebun yang sedang berbuah di syurga)” (Muslim)

“Tidaklah seorang muslim menjenguk saudaranya sesama muslim yang sakit di pagi hari, melainkan 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu petang. Apabila dia menjenguknya di waktu petang, maka 70000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu pagi. Dia pun akan mendapatkan taman di syurga” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Menurut Tirmidzi, hadith ini hasan)


Mengiringi jenazah saudara seislam

Jika ada sahabat kita yang meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya dari mandi, solat dan pengebumian.

Setelah dia ditanam, kita dituntut untuk mendoakannya. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat setelah selesai proses pengebumian seorang sahabat yang telah meninggal dunia:

“Mohonlah keampunan untuk saudaramu dan mohonlah keteguhan hati baginya, kerana sekrang dia sedang ditanya” (Abu Daud dan Al-Hakim. Disahihkan oleh Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Dzahabi. Lihat Sahiihul Jami’)


Mendoakan saudara seagama


Berdoa untuk kebaikan saudara seislam bakal memberi manfaat yang besar untuk diri kita, ini kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan (Muslim)

Maksudnya, kalau kita mendoakan sesuatu untuk seorang muslim yang lain, Malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk kita.


Saling memberi hadiah sesama muslim

Berkenaan dengan memberi hadiah, jelas disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w:

“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai” (Bukhari)

Berkenaan dengan larangan menolak hadiah, ada disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w berikut:

“Penuhilah undangan orang yang mengundang dan janganlah menolak hadiah..” (Bukhari, Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi. Lihat: Sahiihul Jami’)


Menutup aib saudaranya

Telah bersabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)


Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)

Hal ini jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)


Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

( Az-Zukhruf,43:67)


Atas apakah persahabatan kita disandarkan?? Fikir-fikirkan

Friday, July 30, 2010

Nisa' Turun Ke Lapangan

Pada hujung Minggu
Nisa' Kota Raja juga turut menyertai Kempen Daftar Pemilih, kempen ini bertujuan mendaftarkan pemilih-pengundi yang layak mengundi.

Kesempatan ini diambil oleh Nisa' Kota Raja berjumpa secara terus dengan masyarakat disamping mencari pelapis-pelapis Nisa' serta ahli-ahli yang ingin turut serta menyertai Nisa'.

Nisa' Kota Raja amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyertai nisa' boleh menghubungi Setiausaha Nisa' Kota Raja melalui email nisakotaraja@gmail.com

Sekitar Tamrin Kepimpinan Nisa'

Alhamdulillah selawat dan salam keatas Pencipta pada hujung minggu yang lalu Nisa' Kota Raja telah menghantar wakil menyertai Tamrin Kepimpinan anjuran Nisa' Negeri Selangor...
Semoga dengan bekalan ilmu yang sempat diceduk di dalam program ini menjadi pegangan untuk mengungukuhkan nisa' di Kawasan kota Raja InsyaAllah..
Hidup Nisa'

Tuesday, July 27, 2010

Nisa' P Pinang perkenal Small Kidness

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 26 Julai: Menjelang Ramadhan, Nisa' Pulau Pinang memperkenalkan program Nisa' Small Kindness bermaksud sumbangan ikhlas dari Nisa' bagi membantu golongan miskin yang memerlukan menjelang persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Ketua Nisa' Pulau Pinang, Farhiyah Shafie ketika ditemui menegaskan, program terkini yang akan beroperasi bermulanya Ramadhan berkisar tema 'hulurkan tangan ringankan beban sekampit beras'.

"Pada masa terdekat ini Nisa' Pulau Pinang akan memperkenalkan program Nisa' Small Kindness' di mana Nisa' akan turun ke kampung-kampung menjejaki golongan miskin untuk disalurkan bantuan menjelang Aidil Fitri akan datang, " jelasnya.

Apa pun pihaknya memohon bantuan PAS, Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan di Pulau Pinang memainkan peranan untuk mengesan di mana golongan tersebut berada.

Katanya, Nisa' Pulau Pinang sedang giat mencari penyumbang bagi merealisasikan program berkenaan dan pihak berkenaan boleh menghubungi Farhiyah di talian 013-4315749 atau Mazlina 019-4576043.

Bagi menangani gejala sosial di luar, lazimnya Nisa' akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Landas dan Unggas.

"Mudah-mudahan apa yang kita lakukan memberi kesan dan mengurangkan gejala yang semakin meningkat di Malaysia," terangnya.

Harakahdaily/-