Selain dari buku ‘Remaja Soleh’, Teen Circle Centre juga menerbitkan satu panduan usrah remaja yang mengandungi Modul Latihan Kemahiran dan beberapa tips untuk mengandalikan slot-slot usrah. Buku ini adalah untuk rujukan para naqib atau naqibat sahaja.
Maklumat lanjut buku ini adalah seperti berikut:
- Buku ini adalah untuk panduan pengendali Usrah Remaja terutamanya para naqib/naqibah. Namun begitu, buku ini tidak menyediakan bahan-bahan perbincangan dalam Usrah Remaja.
- Buku ini perlu dirujuk bersama-sama dengan buku ‘Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’ terbitan Teen Circle Centre yang mengumpulkan kandungan sukatan Usrah Remaja.
- Setiap naqib atau naqibah perlu memiliki buku ini dan merujuk kepada panduan-panduan yang diberikan dalam mengendalikan Usrah Remaja.
- Para naqib/naqibah dinasihantkan agar membaca buku ini secara keseluruhan sebelum memulakan tugas pengendalian usrah.
- Bagi setiap usrah yang hendak dilaksanakan, para naqib/naqibah dinasihatkan untuk mengulangi pembacaan pada tajuk-tajuk khusus yang menyentuh penyampaiannya.
- Buku ini mengandungi modul-modul Latihan Kemahiran yang merupakan salah satu komponen Usrah Remaja. Bagi memastikan keberkesanan sesi latihan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak memberikan buku ini kepada ahli-ahli kumpulan.
- Naqib perlu benar-benar memahami arahan-arahan dalam modul-modul tersebut sebelum memulakan sesi. Kejayaan sesi latihan ini amat bergantung kepada cara pengendaliannya.
- Modul-modul yang diberikan ini akan lebih berkesan dan menepati matlamat jika naqib mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh pihak pengelola.
No comments:
Post a Comment