Tuesday, July 27, 2010

Nisa' P Pinang perkenal Small Kidness

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 26 Julai: Menjelang Ramadhan, Nisa' Pulau Pinang memperkenalkan program Nisa' Small Kindness bermaksud sumbangan ikhlas dari Nisa' bagi membantu golongan miskin yang memerlukan menjelang persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Ketua Nisa' Pulau Pinang, Farhiyah Shafie ketika ditemui menegaskan, program terkini yang akan beroperasi bermulanya Ramadhan berkisar tema 'hulurkan tangan ringankan beban sekampit beras'.

"Pada masa terdekat ini Nisa' Pulau Pinang akan memperkenalkan program Nisa' Small Kindness' di mana Nisa' akan turun ke kampung-kampung menjejaki golongan miskin untuk disalurkan bantuan menjelang Aidil Fitri akan datang, " jelasnya.

Apa pun pihaknya memohon bantuan PAS, Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan di Pulau Pinang memainkan peranan untuk mengesan di mana golongan tersebut berada.

Katanya, Nisa' Pulau Pinang sedang giat mencari penyumbang bagi merealisasikan program berkenaan dan pihak berkenaan boleh menghubungi Farhiyah di talian 013-4315749 atau Mazlina 019-4576043.

Bagi menangani gejala sosial di luar, lazimnya Nisa' akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Landas dan Unggas.

"Mudah-mudahan apa yang kita lakukan memberi kesan dan mengurangkan gejala yang semakin meningkat di Malaysia," terangnya.

Harakahdaily/-

No comments:

Post a Comment